Saturday 31 May 2014

Sejarah Pembinaan Menara Kuala Lumpur yang belum ramai ketahui

Sejarah Pembinaan Menara Kuala Lumpur yang belum ramai ketahui !!!



Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia, NTV7 milik Media Prima Berhad dan TV Alhijrah milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncakmenara tersebut.
 Kebudayaan

Menara Kuala Lumpur memperlihatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung Budaya 1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional, persembahan tarian tradisional, gamelan, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli setiap hari

KERETA PERISAI TERKINI ANGKATAN TENTERA DARAT (23 GAMBAR)

KERETA PERISAI TERKINI ANGKATAN TENTERA DARAT (23 GAMBAR)


FNSS AV8 Pars (Harimau Bintang Anatolia) ialah kereta perisai terbaru milik Angkatan Tentera Darat Malaysia. Sebanyak 257 buah FNSS AV8 Pars keluaranTurki akan dibina di Malaysia oleh Defence Technologies Sdn Bhd, sebuah anak syarikat DRB-HICOM. Kos pembelian kenderaan ini dikatakan bernilai RM 527 Juta.bSebanyak 12 variasi berbeza kenderaan 8x8 ini akan dihasilkan bagi penggunaan ATM. Kereta perisai ini diperkasakan enjin Diesel 527 kuasa kuda yang mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam. Sebanyak 14 orang krew dan anggota tentera boleh dimuatkan ke dalam Pars pada satu-satu masa.






Kapal terbang terbesar dunia Airbus A380 Malaysia Airlines di KLIA

Kapal terbang terbesar dunia Airbus A380 Malaysia Airlines di KLIA






Ketibaan Airbus A380 dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS).
Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.
Pada 3.55 pm, pesawat itu akhirnya tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.
"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemubual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.
"Kami sangat mahu menjadi yang terbaik di rantau ini lagi dan kami sedang berusaha keras dengan kedua-dua inisiatif jangka panjang dan jangka pendek, untuk mencapai objektif ini," katanya.
Dengan objektif yang telah diatur, Ahmad Jauhari, dengan pasukannya mengambil waktu yang panjang untuk memeriksa pesawait itu bagi memastikan semuanya sempurna.



Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air.Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar40 kali 87 inci.
Pengurus Kawasan UK & Ireland MAS Yuzrizal Mohd Yousuf berkata laporan itu sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meletakkan kembali kedudukan pesawat itu sebagai pendahulu dalam pasaran premium.
"Dengan A380 baharu itu, kami menjangka sekurang-kurangnya 3,000 tempat duduk tambahan akan dijual pada tempoh Julai/Ogos. Permintaan bagi tempat duduk pesawat A380 adalah tinggi, dan kini, dengan hanya satu bulan sahaja lagi, angka kami menunjukkan bahawa 80 peratus daripada tempat duduk yang ditawarkan telah dibeli," katanya.
"Ini adalah petanda bahawa pesawat baharu ini akan meningkatkan reputasi MAS yang telahpun dipandang tinggi oleh pasaran UK sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penerbangan terbaik," tambah beliau.
Beberapa hari akan datang adalah amat penting bagi A380 itu kerana ia akan menjalani latihan penuh dengan ratusan kakitangan dan anak kapal MAS akan terlibat dalam programpenyesuaian dan penerbangan ujian yang akan merangkumi semua aspek penerbangan daripada daftar masuk sehingga ketibaan.
Pesawat ini akan kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir pada 6 June, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan.Kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos.
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA

Tebuan - pesawat perjuang pertama TUDM

Tebuan - pesawat perjuang pertama TUDM




Pesawat pejuang tentera  direkaterutamanya untuk pertempuranudara-ke-udara dengan pesawat lain, dengan kelajuan dan  gerakan yang licik untuk berhadapan dengan musuh merupakan ciri utama sebuah angkata udara.
Apabila Tentera Udara Diraja Malaysia  (TUDM) ditubuhkan pada 1958 semasa negara baru mencapai kemerdekaan, ia tidak dikengkapkan dengan pesawat pejuang dan konsep tentera udara kita pada masa itu adalah sebagai “Non-Fighting Force” dan ia hanya mempunyai pesawat pengangkut dan helikopter sahaja. 
Pengenalan pesawat jet pejuangCL-41G Tebuan  menandakan berakhirnya konsep "Non-FightingForceTUDM  dan ketibaan pesawat berkenaan pada bulan Ogos 1967 di pangkalan TUDM Kuala Lumur merupakan mukadimah kepada operasi pesawat pejuang dalam TUDM. 
Tebuan adalah  versi taktik Canadair CL-41 jenis pelatih jet Tutor yang digunakanoleh Royal Canadian Air Force (RCAF) dan  TUDM adalah satu-satunya pengendaliversi 'G' di dunia  dengan 20 pesawat yang  diubahsuai lebih berkuasa dengan enjinGeneral Electric J85-J4  turbojet  dan TUDM berjaya mengekalkan pesawat terbangselama lebih daripada 20 tahun.
Juruterbang yang diamanahkan untuk memimpin skuadron perintis jet pejuang TUDM ialah Squadron Leader Lawrence Phong dan operasi awal bermula di TUDMKuala Lumpur dengan latihan peralihan jurulatih dan eksekutif skuadron dan pesawat Tebuan telah menunjukkan aksinya semasa sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1967.
Skuadron Keenam yang dilengkapkan dengan pesawat Tebuan ini kemudiannya di pindahkan ke TUDM Kuantan pada bulan Mac 1968 dan pada 2 September 1969 sebuah lagi skuadron Tebuan diwujudkan  iaitu Skuadron Kesembilan di TUDM Kuantan untuk melatih juruterbang jet pejuang TUDM.
Latihan bersama yang pertama melibatkan pesawat Tebuan Skuadron Kenam berlangsung di ruang udara Lapangsasar Asahan Melaka iaitu bersama pesawat pejuang Tentera Udara Diraja British (Royal Air Force), Tentera Udara Diraja Australia (Royal Australian Air Force) dan Tentera Udara Diraja New Zealand( Royal New Zealand Air Force). 
Pada September 1969, Kursus Asas Peralihan dilakukan oleh Skuadron Kesembilan tetapi pada 1974 Skuadon Keenam telah menerima kembali tanggungjawab untuk melatih juruterbang  dalam bidang taktikal dan skuadron pada masa yang sama terlibat dalam operasi udara.
Pada 16 April 1976 Skuadron Keenam  telah terlibat dengan operasi iaitu OPSKOTA GUBIR untuk membuat serangan udara ke atas sasaran pengganas komunis yang telah dikenalpasti oleh pasukan Tentera Darat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dan ia merupakan operasi terbesar yang melibatkan pesawat Tebuan.
Semua pesawat telah dilengkapkan dengan mini-gun dan roket manakala sebahagian daripada fleet dilengkapkan dengan bom 500 Ib untuk digugurkan di kawasan musuh  dan dalam misi berkenaan helikopter Alouette di terbangkan ke kawasan musuh yang bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk memberi panduan kepada pesawat pejuang untuk membuat serangan.
Serangan bersepadu itu melibatkan pesawat pejuang F5-E, helikopter Nuri untuk mengangkut pasukan Tentera Darat ke barisan hadapan dan semua pergerakan dibuat begitu rapi mengikut jadual dan dengan cuaca yang baik sepanjang masa operasi pesawat Tebuan yang kecil dapat menyelinap dengan pantas ke kawasan musuh dan memulakan serangan dan pengeboman.
Serangan pertama pesawat Tebuan didapati tidak memberi banyak kesan untuk memberi tamparan kepada musuh kerana keadaan hutan yang tebal memberi masalah untuk memuntahkan semua senjata yang dibawa oleh pesawat pejuang Tebuan dan serangan tersebut merupakan pengalaman operasi terbesar pesawat Tebuan.
Serangan bertubi-tubi terus dilakukan  dengan pertolongan helikopter Alouette yang terbang rendah memberi panduan arah serangan yang patut dilaksanakan  dan laporan yang diterima pada keesokan harinya menunjukkan terdapat kesan darah tetapi pengganas komunis telah lari meninggalkan Malaysia. 
Operasi pengeboman ke atas kawasan yang disyaki menjadi persembunyian pengganas komunis diteruskan oleh pesawat Tebuan pada 17 April 1976 dan hasil daripada serangan daripada udara telah memberi semangat kepada pasukan Tentera Darat untuk bergerak ke lokasi musuh dan menawan kawasan perkhemahan yang telah ditinggalkan.
Banyak lagi operasi yang dilaksanakan oleh skuadron Tebuan semasa era insurgensi komunis kali kedua iaitu setelah darurat pertama 1948-1960 berakhir itu dengan penglibatan dalam OPS INDRA, OPS CABUT, OPS NESAN, OPS BANTU SEGERA, OPS DOAYAI MUSNAH, OPS CAHAYA BENA dan OSP SELAMAT SAWADEE.
Apabila melayari sejarah Skuadron Kesembilan pula, kewujudannya di TUDM Kuantan diwarnai dengan juruterbang pinjaman iaitu Squadron Leader Hall sebagai ketua sakudaron dengan  dua orang jurulatih skuadron iaitu Flight Lieutenant Ahmad Nazri dan Flight Lieutenant Winstantly.
Pada 1970 Skuadron Kesembilan memulakan kursus taktikal sebagai kesinambungan kursus asas menerbangkan pesawat pejuang  termasuk kursus ‘Fighter Weapon Instruction”  yang diadakan pada 8 Jun 1970  bagi menambah ketrampilan juruterbang jet pejuang Tebuan.
Lapang Sasar Penor telah dibuka pada 23 Jun 1970 untuk digunakan oleh pesawat Tebuan melakukan latihan menembak roket daripada udara dan infrastruktur tersebut kemudiannya turut digunakan oleh pesawat pejuang yang lain sesudah Tebuan bagi memberi kemahiran juruterbang pejuang mengasah kemahiaran mereka mengendalikan senjata.
Skuadron Kesembilan juga mengadakan kursus peralihan staf, kursus ulangan (refresher course), dan kursus peninjauan foto (photo recce) bagi menambahkan pengetahuan operasi pesawat pejuang yang dilaksanakan agar juruterbang pejuang mendapat pengetahuan yang cukup untuk mengoperasikan pesawat di dalam inventori TUDM.
Di antara  latihan yang disertai oleh Skuadron Kesembilan ialah latihan “Bersedia Lima’ (22 Novemver 1972), Latihan Agong Pertama (9 Mei 1974), Latihan Helang Malindo 1 (Oktober 1975), Latiahan Helang Malindo III (Oktober 1977) dan siri-siri Latihan Pertahanan Udara yang dilakukan setiap tahun sebanyak tiga kali iaitu ADEX.
Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja dan TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB-339A.
Pesawat Tebuan menggunakan enjin  2,950-pound thrust General Electric J85-J4 turbojet  dengan berat kosong 5,296 lbs, berat maksimum semasa berlepas : 11,288 lbs. dengan kederasan maksiumum 480 batu/jam, ketinggianmaksimum 42,200 kaki dan jarak operasi  1,240 batu.

Sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM pesawat Tebuan telah menjadi platform pertama perang untuk melawan kegiatan komunis sepanjang era insurgensi komunis kedua sebelum Chin Peng mengakhiri perjuangan senjata ekoran persidangan dengan kerajaan Malaysia di Thailand.

Beberapa buah pesawat telah terlibat dalam kemalangan udara dan mengorbankan juruterbang semasa pesawat Tebuan menjalani latihan namun ia tidak mematahkan semangat para juruterbang yang telah menerbangkan pesawat Tebuan yang menjadi mukadimah kepada operasi pesawat pejuang TUDM.

Friday 30 May 2014

10 Jutawan Terkaya Di Dunia Tahun 2014


10 Jutawan Terkaya Di Dunia Tahun 2014



Malaysia






Sejarah Awal No Plat Kereta Di Malaysia


Sejarah Awal No Plat Kereta Di Malaysia




Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan  kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Wang Kertas Malaysia Siri Pertama ( 1967 - 1972 )


Wang Kertas Malaysia Siri Pertama ( 1967 - 1972 )




 Size 165mmX95mm
Printer Thomas De La Rue.
First Prefix A/1 - Last Prefix A/3

 Size 145mmX88mm
Printer Thomas De La Rue.
First Prefix A/1 - Last Prefix A/25
Z/1 Replacement note

 Size 133mmX80mm
Printer Thomas De La Rue
First Prefix A/1 - Last Prefix B/90
Z/1 Replacement note

 Size 127mmX71mm
Printer Bradbury Wilkinson & Co.
First Prefix A/1 - Last Prefix A/45

Size 121mmX63mm
Printer Bradbury Wilkinson & Co.
First Prefix A/1 - Last Prefix D/3.
Z/1 Replacement note

Keputusan penuh : Pahang 1-0 Johor DT




Keputusan penuh :
Pahang 1-0 Johor DT
Pahang mara ke final dengan agregat 2-1.
Tahniah buat pasukan Pahang kerana berjaya memadam ego pasukan bertaraf bintang.

(Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!…

 
 
(Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!…
 
 
 
 
 



Menara Berkembar Petronas ataupun lebih dikenali sebagai KLCC adalah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan kita sebagai penduduk di Malaysia..Pernah menjadi sebuah menara yang tertinggi di dunia pada satu ketika dahulu… Ianya sekaligus menaikkan nama Negara Malaysia serata dunia…Tetapi berapa ramaikah yang tahu akan sejarah pembinaan KLCC ???

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Struktur Pembinaan

KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina. Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur yang masih memegang takhta ‘Bangunan Berkembar Tertinggi’ di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab mereka-bentuk binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction. Kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.



KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.



Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh telah berjaya dibina untuk setiap menara.



Kemudian, di atas teras ini dibina pula tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada satu-satu masa.



Kerja-kerja membina bangunan utama hanya dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi – 80,000 meter kubik konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk membina rangka bangunan ini. Akhirnya, setelah begitu banyak keringat dan wang ringgit dibakar untuk membina pencakar langit ini, bentuknya yang seperti dilihat sekarang ini sudah mula boleh dilihat pada Jun 1996.



Usaha yang begitu gigih dan semangat ini tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun 1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik (setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Siapa Pencetus Untuk Membina KLCC ??



Tun Dr Mahathir Mohamad beliaulah yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.. Menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu sekaligus memikirkan cara untuk menaikkan nama Malaysia di serata dunia…Tahniah Tun Dr Mahathir.. Mampukah pemimpin sekarang memikir seperti mana Tun memikirkan menaikkan Malaysia???