Thursday 29 May 2014

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35


Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35



RAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. - Foto BH Online

KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.


Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi. Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. 


Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak.

Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.


BIODATA: Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah
  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah


Pendidikan
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)


Khidmat
  • Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
  • Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
  • Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

No comments :

Post a Comment