Wednesday 28 May 2014

7 Benda Ajaib Dunia 2014

7 Benda Ajaib Dunia 2014



1. Tembok Besar China


Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang 
dan panjang 5,000 kilometer.
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

                                                  2. Piramid Giza Mesir



Piramid Giza keajaiban dari bangsa mesir kuno. 
Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar 
yang tersusun rapi.
Kompleks Piramid Giza yang dibina oleh masyarakat Mesir purba sekitar 5000 tahun yang lalu memiliki keluasan yang boleh disamakan antara jarak dari St. Peter (Rom), Katedral Florence (Milan) hingga ke St. Paul (London). Dipercayai apabila batu-batu di Piramid Giza disatukan, kesemuanya mampu membuat tembok setinggi 3 meter dengan ketebalan 0.3 meter yang boleh mengelilingi seluruh Perancis.


Jika dibandingkan dengan Empire State Building di New York, piramid ini 30 kali ganda lebih besar malah boleh dilihat dari bulan tetapi masyarakat Mesir purba telah membinanya sendiri dalam waktu 30 tahun. Terdapat banyak pendapat tentang kaedah memindahkan batuan dan menyusunnya menjadi ke atas untuk piramid yang tinggi (ada pakar mengatakan mereka membuat struktur lereng atau ulir seperti pada skru yang kemudian dikapur dengan batu kapur pada lapisan luar. Ada juga yang menyatakan bahawa batu-batu tersebut adalah hasil tuangan), pembinaan yang tepat serta pusat jisimnya. Pendapat yang pelbagai muncul hingga timbul pendapat yang mengatakan bahawa Piramid dibina oleh UFO dengan mengkaitkannya dengan gambaran piramid di Marikh. Ada lagi yang berspekulasi bahawa piramid dibina oleh manusia zaman akan datang yang terdampar di masa dahulu. Didapati juga piramid berhubungan dengan buruj Orion ditinjau dari piramid Giza dan Piramid Maya turut diyakini mempunyai kedudukan yang sama berdasarkan buruj Orion. Selain itu, dipercayai juga terdapatnya ruang di bawah Sphinx (yang dinamakan Hall off Records) yang merupakan kunci rahsia menuju Zep Tepiiaitu suatu zaman keemasan masa dahulu ketika Piramid Giza ini dibina.


Piramid Giza
Menurut penelitian dari para cendekiawan dan ahli arkeologi, bahan asal pembuatan piramid diambil dari beberapa tempat. Contohnya,batu kapur dari Turagranit dari Aswantembaga dari Sinai dan kayu untuk peti dari Lubnan yang kesemuanya diangkut melalui Sungai Nil. Kemudian buruh-buruh pekerja secara puratanya meningal pada usia muda antara 30 tahun kerana mengalami kecederaan tulang belakang disebabkan membawa beban yang sangat berat. Kebelakangan dekad ini, para pengkaji turut menemui kaedah dan peralatan pertolongan cemas bagi buruh yang cedera di tapak sekitar komplek ini.

                     3. Taj Mahal India                           




Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan 
untuk isterinya Mumtaz.
Pembinaan bermula lebih kurang 1632 dan 
telah disiapkan sekitar 1653

4. Candi Borobudur Jawa


Candi Borobudur tugu penganut agama Buddha di Magelang, 
Central Java, Indonesia. Tugu mengandungi enam pentas 
bersegi puncak oleh tiga pentas bulat , dan dihiasi dengan 
2,672 panel-panel bantuan dan 504 patung-patung Buddha.


5. Angkor Watt Kemboja
Angkor Watt di Kemboja
dibina untuk raja Suryavarman II dalam awal abad ke-12 
sebagai kuil kerajaannya dan bandar utama.



6. Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 
3,000 tahun yang lalu
Raja Neo- Babylon Nebuchadnezzar II, 
yang memerintah antara 605 dan 562 BC. 
Dia dilaporkan mempunyai membina taman-taman menggembirakan 
isteri merindui kampung halamannya, Amytis of Media
yang rindu untuk tumbuh-tumbuhan tanah airnya.
Taman-taman The dikatakan telah dimusnahkan oleh beberapa 
gempa bumi selepas abad kedua BC.


7. Menara Condong Pisa Itali
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki)
dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) 
di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini 
ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula 
lebarnya 2.48 m (8.14 kaki).
Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga;
Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah.



No comments :

Post a Comment