Monday 2 June 2014

Isu Cadbury: Pengguna perlu faham analisa kimia - Timbalan Presiden FOMCA

Isu Cadbury: Pengguna perlu faham analisa kimia - Timbalan Presiden FOMCA

Isu Cadbury: Pengguna perlu faham analisa kimia - Timbalan Presiden FOMCA
PLAYClick to Expand & Play
SHAANI: Pengguna perlu faham analisa kimia boleh wujudkan perbezaan keputusan
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah mahu pengguna harus memahami bahawa proses analisa kimia melibatkan banyak faktor tidak tetap yang boleh menyebabkan berlakunya perbezaan keputusan sesuatu ujian.

Bercakap kepada AWANI745 mengenai isu DNA babi dalam coklat Cadbury, Shaani menjelaskan, sampel ujian pihak Kementerian Kesihatan (KKM) diambil dari pasaran manakala sampel Jabatan Kimia pula diambil dari kilang dan ini merupakan suatu faktor besar yang boleh mewujudkan perbezaan keputusan.

Shaani turut berpendapat bahawa prosedur operasi standard (SOP) kawal selia pematuhan sijil halal perlu diperkemaskan.

Mana-mana pihak yang mahu melakukan ujian perlu kembali kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya kajian semula ke atas penemuan dapat dibuat dengan segera.

Tambahnya, untuk tidak menghilangkan keyakinan pengguna terhadap sijil halal, ujian ketiga perlu dilakukan oleh makmal bebas sekiranya dua keputusan awal didapati berbeza.

Status halal dipertikai

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berpendapat, kaedah menanggani krisis seperti ini perlu dilihat kembali.

Ia kerana Malaysia telah dilihat sebagai hab halal yang berjaya dan insiden DNA babi ini telah menimbulkan keraguan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pihak berkuasa juga disaran untuk berbincang sebelum mengeluarkan sebarang keputusan dan tidak mengambil terlalu lama untuk memberikan sesuatu keputusan.

Isu berlaku terlalu pantas

Nadzim turut menyebut bahawa perkembangan pantas isu ini dan keputusan makmal yang diperoleh dengan cepat turut menimbulkan keraguan pengguna akan kesahihan logo halal.

KKM pada 24 Mei lalu mengesahkankewujudan DNA babi (porcine)dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

JAKIM pula pada 26 Mei berkata,keputusan rasmi berhubung status halal coklat Cadburyakan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 Mei mengesahkan bahawahukum produk Cadbury yang disahkan halalsebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan'.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

No comments :

Post a Comment